KUALA LUMPUR: Hutang kerajaan Persekutuan tahun lepas berjumlah RM979.81 bilion, iaitu 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkat RM100 bilion berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan jumlah RM879.56 bilion.
Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata peningkatan begitu besar itu bagaimanapun dilihat mempunyai asas, memandangkan sebahagian daripada pinjaman berkenaan digunakan untuk membiayai aktiviti tangani COVID-19 dan penjanaan semula ekonomi.
"Itu kita fahami, cuma yang kita bimbang, kenaikan hutang tinggi ini tidak boleh berterusan, ini sepatutnya jadi langkah jangka pendek sahaja.
"Pada pandangan kita, kerajaan perlu ambil ini sebagai langkah sementara dan ambil tindakan pembetulan supaya perkara ini dapat dikawal, supaya ia lebih manageable, lebih senang diurus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini selepas mengadakan taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2021 kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen hari ini
Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Pengerusi PAC Wong Kah Woh dan ahli PAC.
Wong berkata peningkatan hutang berkenaan turut menyebabkan liabiliti keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada 2021 kini berjumlah Rm1.298 trilion, iaitu 84 peratus daripada KDNK negara.
Beliau berkata walaupun Penyata Kewangan Kerajaan Tahun 2021 itu diberikan Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran, terdapat perkara-perkara ditegaskan Ketua Audit Negara yang perlu diberikan perhatian kerajaan.
"Antaranya penegasan perkara, termasuk berhubung bayaran balik pinjaman matang menggunakan pinjaman baharu, pengurangan peratusan perbelanjaan pembangunan, peningkatan hutang persekutuan dan pengiktirafan berbeza dengan prinsip pengiktirafan hasil asas tunai ubah suai," katanya.
Wong berkata tahun lepas kerajaan membuat pinjaman kasar berjumlah RM217.201 bilion, meningkat 11.6 peratus berbanding RM194.55 bilion tahun sebelumnya, dengan 52.4 peratus atau RM113.764 bilion digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman matang.
Pinjaman kasar yang dipindah ke Kumpulan Wang Pembangunan pula menurutnya adalah RM62.317 bilion bersamaan 28.7 peratus daripada jumlah pinjaman, manakala pindahan ke Kumpulan Wang COVID-19 adalah sebanyak RM38 bilion atau 17.5 peratus.
"Daripada RM62.317 bilion yang dipindah ke Kumpulan Wang Pembangunan hanya RM40.994 bilion digunakan untuk Perbelanjaan Pembangunan, berbanding RM37.53 bilion pada 2020.
"Manakala sejumlah RM12.612 bilion digunakan untuk menanggung Liabiliti PFI dan Komitmen Jaminan dan RM8.711 bilion digunakan untuk Pengelasan Belanja Mengurus kepada Pembangunan," katanya.
Mengenai pembayaran faedah pinjaman, Wong berkata 16.3 peratus daripada kutipan hasil digunakan untuk tujuan tersebut.
"Maksudnya, setiap RM1 hasil yang dikutip, maka 16 sen digunakan untuk bayaran faedah pinjaman," katanya.
Sehubungan itu, Wong berkata PAC akan terus komited memainkan peranan semak dan imbang terhadap cabang Eksekutif dalam pengurusan kewangan dan perolehan bagi memastikan ia mematuhi prosedur serta tatacara yang ditetapkan seperti diperuntuk dalam Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
NIK AZMAN: Itu kita fahami, cuma yang kita bimbang, kenaikan hutang tinggi ini tidak boleh berterusan, ini sepatutnya jadi langkah jangka pendek sahaja. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
[TERKINI] Suspek bukan anggota JI - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tidak wajar gelar Islam sebagai agama keganasan
Tidak wajar bagi segelintir pihak melabel Islam kononnya sebagai agama keganasan.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Ada asas hutang kerajaan meningkat RM100 bilion - Ketua Audit Negara
Ia memandangkan sebahagian daripada pinjaman berkenaan digunakan untuk membiayai aktiviti tangani COVID-19 dan penjanaan semula ekonomi.
Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah, 6 peratus KDNK
Kerajaan turut mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 di antara 5.5 dan 6.5 peratus.
Pertumbuhan ekonomi negara, hutang kerajaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan.
Kerajaan bayar hutang matang dengan hutang baharu membimbangkan - Ketua Audit Negara
Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.
Hutang kerajaan kekal terkawal, RM965.3 bil setakat Ogos
Mohd Shahar berkata perbelanjaan yang dilakukan kerajaan sudah pasti memberi impak berganda kepada ekonomi rakyat.
Kerajaan berjaya lakukan penjimatan dengan selesaikan empat isu
Empat isu terbabit ialah projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Felda, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bandar Malaysia, yang dikaitkan dengan pentadbiran lalu.
Bantuan kepada Felda adalah kredit negatif - Moody's
Katanya, dengan imbangan tunai Felda yang mengecil, agensi milik kerajaan itu kemungkinan tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar hutang tanpa bantuan kerajaan.